Monday, July 10, 2017

Tonton Drama Korea Secara PERCUMA

Tampalan kali ni teman nak share satu external apps untuk menonton drama-drama korea secara percuma. Bukan setakat drama, latest korean movie pon ade jugak.

Yang best nye korang boleh buat favorite untuk drama yang korang suke, dan boleh tick pada episode yang sudah ditonton. So tak payah lah nak cari play satu satu kalau tak ingat dah sampai episode mane dah tengok.

Aplikasi ini jugak boleh di Install pada mana-mana Android device.. Tak kisah la phone ke tablet ke.. Mana yang ada Android TV Box pon support jugak, boleh layan kat TV screen besar. Tapi untuk dapat kualiti gambar yang lebih cun, teman lagi suka layan guna KODI. Ada masa lain hari kite cite pasal Pak KODI ni pulak.



Yang kurang best kome kene tunggu video iklan abes dulu baru boleh tengok. Biasa dalam 10 saat gitu lah.. Free kan biase lah.. tu lah sumber income app tu nak maintain free.. so hadap je lah...haha

Eh lupa nak bagi tahu name Apps ni #DRAMANIA. Untuk dapatkan aplikasi ni boleh follow video bawah ni.. Sebelum download pastikan Install MX Player dulu di Playstore..Selamat Menonton...

Saturday, July 8, 2017

"Pentatonix Malaysia" - Color of Voices (COV)

Berhabok bersawang beranai-anai dah blog teman ni.. lama sangat tak berblog.. rase rindu pulak... ecece... hahaha...

Sempena hari raya (walaupun dah 14 syawal, raya kan sebulan..hehe) teman ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia (kalau satu dunia ada yang jumpe blog teman la..hahaha)



Okay, kome pernah dengar lagu daripada team Color of Voices (COV). Diorang ni kumpulan acapella, menyanyi dan membuat bunyi music tanpa menggunakan music instrument.. hanya menggunakan suara diorang sahaje.. alaaa macam cerita Pitch Perfect tu.. COV ni dah makin dikenali kat dalam industri music malaysia ni.. suara diorang memang power sampai ada yang menggelarkan diorang "Pentatonic Malaysia". Diorang terdiri daripada 5 orang ahli Acai, Joe, Asnal, Jeff dan Shark.. Teman paling suke dengar brother Shark, suara low bass dia memang Ummph!

kadang perasan mamat Chinese tu macam David Teo pon ade.. hehe.. jgn mara...

Jom layan latest Lagu Raya diorang.. hats off!!
(dengar pakai headphone highly recommended)

Monday, June 1, 2015

YAY !!!! MENANG HADIAH GIVEAWAY LUARTEKO

Bulan lepas teman ade join satu giveaway oleh Blogger Luarteko (SINI). Join saje-saje..kot2 de tuah kat situ kan.. 2 miggu lepas dapat mesej daripade Sang Penulis Pemilik blog Luarteko di ruangan komen..




Alhamdulillah Rupenye entry teman bertuah dapat menang adiah saguhati.. Dengan seberape segere teman terus email kan details yang diminta Sang Penulis.. Excited la katekan..haha



 Seminggu kemudian sampai la sampul surat ni ke opis teman.. dah jarang nampak orang pakai sampul surat design ni kan.. dah boleh dikategorikan sebagai barang rare nih..haha



Ni lah isi sampul tu.. Fridge Magnet dari Kuching Sarawak dan sepucuk 'surat layang'.. Terima kasih dan salam perkenalan juga...



 walaupon saguhati je tapi nak dapat tuah begini bukan selalu sebab ramai jugak blogger-blogger yang join... lagi pon teman memang suke kumpul bende-bende gini.. hehe.. Terima kasih blogger Luarteko, kalau ade nak buat giveaway lagi roger-roger la teman yer...



p/s: Hadiah fridge magnet .. tapi happy nye macam dapat TV LCD...hehe


Sekian,

 


Friday, May 8, 2015

Lagu ni Stuck In My Head!! (Kun Anta by Humood AlKhudher + Lirik + Terjemahan)

Someone send kat teman satu link youtube.



Rupenye video Si Wani ni buat cover lagu arabic.. Sedap pulak Si Wani ni cover lagu ni.. sehari boleh kate berbelas kali dok ulang-ulang lagu ni.. dah hampir seminggu dok ulang video cover ni.. asyik2 terngiang2 je lagu ni...power betol.. Penyanyi asal lagu ni Humood Alkhudher.. (Biography - KLIK SINI)

Bagi yang belum mengenali Humood Alkhudher ini lah orangnya..


Kalau tengok video dia kat youtube, yang komen mostly gugurl.. boleh tahan Aura mamat nye...
kalah AuraWhite..haha.. okaylah di sini saya lampirkan lirik lagu Kun Anta dengan terjemahan Bahasa Melayu.  dapat jugak belajar bahasa arab sikit-siket kan..

Lirik Lagu + Terjemahan Bahasa Melayu
Tajuk Lagu: KUN ANTA
Penyanyi Asal: Humood Alkhudher


لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya. 


فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga


و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan


فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.


لا لا

لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.


لا لا

نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى

kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.


كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada


أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.


سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti


سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?



P/S: kalau sesape ade link untuk chord/tab lagu ni share2 la ye.. jenuh google tak jumpe.. :)



Sekian,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...