Tuesday, November 16, 2010

'PEPERANGAN' semakin hampir




Pertahanan kamu perlu dikukuhkan
Kekuatan diri perlu ditingkatkan
Usaha semua perlu digandakan
Senjata individu perlu ditajamkan
Latihan perlu diperbanyakkan

Percayalah
Jeneral perang anda akan memimpin anda ke arah kemenangan
Ikutilah strategi , kaedah dan teknik perang mereka
Hormatilah Jeneral supaya mendapat berkat

Ingat!
Anda tidak dapat mengelak daripada peperangan
Anda tidak boleh berundur
Anda hanya boleh mara ke hadapan

Sama ada anda ditumpaskan
Sama ada anda menumpaskan
Jika ditumpaskan akan kehilangan segala-galanya
Jika menumpaskan akan memperoleh segalanya
Biar memperoleh daripada kehilangan

Perjuangan belum tamat
Lawan tetap lawan
Berjuanglah sepenuh hati , sepenuh jiwa
Anda tidak boleh terkorban
Hanya masa , usaha dan tenaga boleh dikorbankan
Anda tidak boleh menyerah kalah walau apa terjadi
Biar putih tulang , Jangan putih mata

Bawalah semangat dan keyakinan bersamamu
Bersatu menyerang peperiksaanmu
Biar kubu cita-cita yang kukuh dapat ditelusuri
Biar sekuat kubu itu dapat ditawan

Peperangan dengan peperiksaan mesti menang
Kalahkannya , Tumpaskannya
Kemenangan akan memberi kekuatan
Kekuatan untuk menembusi kubu yang diingini

Sedarilah
Biar sekuat mana pertahanan , serangan dan kekuatan
Yang Esa tidak boleh diluputkan
Berdoalah pada Yang Maha Besar
Percayalah anda akan dirahmati , dilindungi
Rahmah dan lindungan ini akan memodenkan senjatamu

Bersatulah!
Sedarilah!
Bangunlah!
Bangkitlah
Berjuanglah!

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"










Saturday, November 13, 2010

Cak Lempong USIM @ UNIMAS



aq suke music...x kesah r music tradisi ke moden ker...janji yang x memeningkan kepale cam music 'logam hitam' 2...haha..

dlm video nie performance team cak lempong mase festival konvo UNIMAS.. USIM kene pggil sbg wakil kebudayaan N9..U lain pon bnyk gak, wakil negeri masing2..ade kude kepang, gamelan, mak yong, & etc..

yang aq x puas atinye, dak yang record video nie yakni Ain tak amek gmbO aq..kejap ade kejap xde, aq dok kat blkg yang maen melodi dpn sekali 2 (abot nme beliau)..naseb bdn...xpe r, jnji da wat yang terbaik..

kitorg perform 3 lagu
-ayam den lapeh
-sway (michael buble)
-tarian piring (medley mudiak arau & ikan kekek)

aq x tahan tyme lagu piring..abot kene masok isem..laju semacam dy maen..aq, syuk, syamil ngn abg jang terkejar2 tempoh....sian syamil(yg maen rebana)..nseb x bengkak je pukul rebane 2..haha..anyway kitorg da wat yg terbaek..penonton gumbira kami puas ati...alhamdulillah..

Friday, November 12, 2010

Cerita TELOR REBUS....(kah x100)

Aku ada cerita ni… lawak la jugak... tapi jangan ketawa tau…begini..

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada’surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler… Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya… bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, dan lepaskan angin taufan tu…

PRRROOOOOTTT!!!! fuhh lega… bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut’ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kataSURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku punjawab.’Dah lama. Sebelum bunyi pertama lagi!!’.:habih :.

Sunday, November 7, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...