Thursday, March 29, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Shutdown timer ( cara manual)
tampalan kali nie saje nak share care nak set mase untuk shutdown lappy kite...maksudnye laptop kite akan auto shutdown dalam mase yang kite tetapkan...senang je...
mule2 open command prompt. (kat start button search cmd)
klu pakai xp tekan run dulu then type cmd...
win7 just tekan start type cmd....
-type nie ble cmd terbke...
shutdown -s -t 3600 pastu enter.
-3600 mewakili time dalam saat.... 3600s = 60min = 1 jam (kalau 60 = 1 minit la)
-nak stop timer...
Selamat Mencube
p/s: jgn pi dajal membe yang tgh wat keje da la..haha
Tuesday, March 27, 2012
'dating' 27 minit sehari
salam, jom wat kire2 jap...
solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit
Total mase 'dating' ngan Allah = 27 minit
Total mase Allah bagi nikmat oksigen ,penglihatan, pendengaran & nikmat2 lain = setiap saat
Tak lame kan? Ape salahnye kite luangkan mase 27minit je drpd 1440minit sehari untuk 'dating' dengan DIA.. Berfesbuk berbelog, tengok muvee boleh plak kite berjam-jam kan...
p/s: 27 minit tu paling sekejap, da abes discount da tu Allah bagi..takkan tu pon tak boleh buat, takkan terlampau busy sangat sampai nak jumpe pencipta, pemberi segale nikmat pd kite pon tak boleh, 4 ke 6 minit je satu waktu...renung2 dan selamat beramal

Tuesday, September 27, 2011
"SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU "

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.
Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.
Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...
By: Dominique Padua Balaba
Diterjemah : FittoFitt
Subscribe to:
Posts (Atom)

