Saturday, April 2, 2011

fakta-fakta menarik - BINATANG


1. Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.

2. Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendek kerana penggunaan yang kerap.

3. Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.

4. Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.

5. Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.

6. Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki).

7. Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu.

8. Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.

9. Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.

10. Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.

11. Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.

12. Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan “tangan” yang baru akan tumbuh.

13. Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.

14. Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.

15. Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.

16. Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!

17. Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka .

18. Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.

19. Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.

20. Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman.


SUBHANALLAH....


p/s: teman suke no. 8...huhu

CR 2 melayukini

2 comments:

SITOT said...

Subhanallah :)
erm,,suke number 11.. burung hantu nmpk comel bile gerak badan..haha

SITOT said...

tambah lagi satu ! otak burung unta lebih kecikk daripada matanya :)heek2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...