Friday, June 24, 2011

LOGHAT MANA LEBIH MUNASABAH???

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah Bahasa Melayu standard.
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di
situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak
ada memang munasabahlah!



p/s: tak kesah la loghat mane pon...jangat kite ade sifat suke ber'asabiyah' yer...ha.haa~~

Thursday, June 23, 2011

AKUI DIRI...ha.haa~~


Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia
hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua
pelajar diam. Ada yang senyum.

Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"

Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja
yang berdiri!



kalau prof nie yang tanye soklan tu mesti student tadi tak cakap camtu...hehe




p/s: kite kalau jujur memang boleh, tp jangan lurus...ha.haa~~

Tuesday, June 21, 2011

KISAH MENU RESTORAN ITALI

gambar hiasan


Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat
terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi
mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di
restoran itu...
Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil
menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih
sembarangan...
"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata
lelaki tadi..
"Maaf.. encik" jawab waiter
"Itu nama pemilik restoran ini"





p/s: malu bertanye sesat jalan, kalau salah tanye org bertambah sesat...(xde kaitan)..haha



Sunday, June 19, 2011

kisah cikgu ngan anak muridnya..

da lame tak share citer2 lawak...tampalan kali nie teman nak share tentang citer cikgu ngan anak muridnye...teman da gelak guling2 bace citer nie..pape pon kome layann jer...ha.haa~~


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu:Mengapa selamat pagi saja?
Petang dan malam, awak doakan saya tak
selamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam,
cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat
oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini
meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Cikgu nak buat kata berlawan hari ni. kamu kena jawab cepat.
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh
sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya)




p/s: kepade membe2 teman yang bakal jadi cikgu, kome pon mungkin akan berdepan ngan anak murid yang camni...so, siap sedialah kamu...huhu

Wednesday, June 15, 2011

misteri Q33 NY

assalamualaikum semue..pekabo?



tampalan kali nie teman nak share tentang misteri Q33 NY..

ce kome cube step nie..



1. bukak kome punye microsolt word

2. taip Q33 NY

3. size 48

4. bold kan, then tukar kepade font WINGDINGS



pastu ape kome akan dapat lihat adalah INI..


ade yang mengatakan kapal terbang yang melanggar bangunan berkembar WTC adalah bernombor Q33 NY..sejauh manekah kesahihan cerita ini??? wallahualam...fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...