Monday, July 10, 2017

Tonton Drama Korea Secara PERCUMA

Tampalan kali ni teman nak share satu external apps untuk menonton drama-drama korea secara percuma. Bukan setakat drama, latest korean movie pon ade jugak.

Yang best nye korang boleh buat favorite untuk drama yang korang suke, dan boleh tick pada episode yang sudah ditonton. So tak payah lah nak cari play satu satu kalau tak ingat dah sampai episode mane dah tengok.

Aplikasi ini jugak boleh di Install pada mana-mana Android device.. Tak kisah la phone ke tablet ke.. Mana yang ada Android TV Box pon support jugak, boleh layan kat TV screen besar. Tapi untuk dapat kualiti gambar yang lebih cun, teman lagi suka layan guna KODI. Ada masa lain hari kite cite pasal Pak KODI ni pulak.



Yang kurang best kome kene tunggu video iklan abes dulu baru boleh tengok. Biasa dalam 10 saat gitu lah.. Free kan biase lah.. tu lah sumber income app tu nak maintain free.. so hadap je lah...haha

Eh lupa nak bagi tahu name Apps ni #DRAMANIA. Untuk dapatkan aplikasi ni boleh follow video bawah ni.. Sebelum download pastikan Install MX Player dulu di Playstore..Selamat Menonton...

Saturday, July 8, 2017

"Pentatonix Malaysia" - Color of Voices (COV)

Berhabok bersawang beranai-anai dah blog teman ni.. lama sangat tak berblog.. rase rindu pulak... ecece... hahaha...

Sempena hari raya (walaupun dah 14 syawal, raya kan sebulan..hehe) teman ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia (kalau satu dunia ada yang jumpe blog teman la..hahaha)



Okay, kome pernah dengar lagu daripada team Color of Voices (COV). Diorang ni kumpulan acapella, menyanyi dan membuat bunyi music tanpa menggunakan music instrument.. hanya menggunakan suara diorang sahaje.. alaaa macam cerita Pitch Perfect tu.. COV ni dah makin dikenali kat dalam industri music malaysia ni.. suara diorang memang power sampai ada yang menggelarkan diorang "Pentatonic Malaysia". Diorang terdiri daripada 5 orang ahli Acai, Joe, Asnal, Jeff dan Shark.. Teman paling suke dengar brother Shark, suara low bass dia memang Ummph!

kadang perasan mamat Chinese tu macam David Teo pon ade.. hehe.. jgn mara...

Jom layan latest Lagu Raya diorang.. hats off!!
(dengar pakai headphone highly recommended)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...